27 August 2011

[Sajak] Merinduimu...


Kedatanganmu dinanti
Pemergianmu ditangisi
Oleh hati-hati yang disinari
Dengan iman tak berbelah bagi

Datangnya membawa 1001 harapan
Kepada insan yang rindukan sentuhan
Juga belaian daripada Ar-Rahman
Untuk kekal dan terus bertahan

Hari mendatang bukan senang
Menjanjikan bermacam rintangan melintang
Moga tarbiyah Ramadan mampu menjulang
Daripada hamba kepada pejuang

Zikrayat Ramadan
27 Ramadan 1432H

25 August 2011

[PhotoBlog] Doa

Sebab kembali kepada maksiat

Antara sebab seseorang kembali kepada maksiat yang lama adalah kerana tiada Muraqabah kepada Allah. Dia kekal duduk di dalam suasana yang menggalakkan dia mengulang semula kesalahannya.

Satu kisah yang masyhur, di mana seorang yang membunuh 100 orang, yang akhirnya dinasihati untuk pergi ke satu kawasan yang padanya terdapat suasana yang menggalakkannya bertaubat.

Satu contoh dalam masalah couple. Seseorang ingin meniggalkannya, tapi dia masih menyimpan nombor telefon atau apa sahaja cara untuk berhubung dengan wanita/lelaki tersebut. Jadi akhirnya dia susah untuk tinggalkannya.

فارق دواعم المعصية

Cara yang terbaik untuk kekal dalam taubat nasuha.

Tazkirah, Masjid Rawas
24 Ramadan 1432H
2136
Published with Blogger-droid v1.7.4

24 August 2011

Rintihan HambaNya


Hati ini menangis lagi
Mengenang nasib menimpa diri
Yang saban hari ternanti-nanti
Rahmat dariNya yang tak terperi

Ya Allah
Berat terasa ujian dariMu
Tapi aku pasrah sepenuh hatiku
Andai ini kafarah dosa yang lalu

Ya Allah
Aku mencari tempat mengadu
Yang mampu mengubat luka di kalbu
Namun semuanya tidak kutemu

Ya Allah
PadaMu jualah hati ini mengemis
Mengungkap cinta yang semakin terhakis
Dek kerana mainan nafsu yang bengis

Mengapa harus ditagih perhatian manusia
Sedangkan padaMu seluruh alam buana
PadaMu jualah tempat yang ku ada
Menjalin cinta hamba kepada RabbNya

[24 Ramadan 1432H]
[Mengejar baki Ramadan yang tersisa]