9:32 PM

Sharez | Web-web cambest!

Posted by nash_gh

Ahlan. Anda buntu mencari idea? Tidak tahu hendak mula melakar dari mana? Tiada inspirasi yang menarik hati anda. Jangan gelisah.

Di sini saya lampirkan beberapa laman-laman menarik yang boleh menjadi sumber inspirasi anda. Ianya juga memuatkan tutorial-tutorial yang menarik bagi mengasah lagi bakat anda dalam Photoshop dan After Effect. Jom jenguk-jenguk.

*Klik pada gambar laman yang terpapar untuk terus pergi ke web yang dilampirkan di bawah. Selamat mencari inspirasi :)
**Post akan diUpdate jika ada web baru yang dikesan.

Abduzedo
Image Hosted by DakwatPutih


PSDtuts
Image Hosted by DakwatPutih

Tutorial9
Image Hosted by DakwatPutih

Blog.SpoonGraphic
Image Hosted by DakwatPutih

Gomediazine
Image Hosted by DakwatPutih

MediaMilitia
Image Hosted by DakwatPutih

FuelYourCreativity
Image Hosted by DakwatPutih

SmashingMagazine
Image Hosted by DakwatPutih

Web After Effect

Video Copilot
Image Hosted by DakwatPutih

AEtuts
Image Hosted by DakwatPutih

Baca Selanjutnya......
8:23 PM

Tuts | Yahoo! Mail Filter

Posted by nash_gh



Tajuk di atas adalah dirujuk. Mungkin ramai yang sudah tahu cara untuk filter emel-emel yang berlambak-lambak di dalam inbox kita secara automatik, tapi mungkin di sana masih ada segelintir yang baru berjinak-jinak dengan fungsi-fungsi yang disediakan oleh Yahoo! mail. Jom kita lihat bagaimana caranya.

Image Hosted by DakwatPutih
1. Log in terlebih dulu emel anda.
2. Kemudian pergi ke menu option dan klik pada Mail option seperti gambar di atas

Image Hosted by DakwatPutih
Paparan berikut akan tertera di browser anda.
1. Pilih menu Filters di sebelah kiri
2. Klik create or edit filter

Image Hosted by DakwatPutih
Tab baru akan tertera secara automatik. Ini kerana filter tidak boleh di ubah menggunakan Yahoo! mail yang baru
1. Klik butang add

Image Hosted by DakwatPutih
Untuk langkah seterusnya
1. Masukkan nama filter yang anda inginkan pada ruangan Filter Name (sebaiknya sama dengan nama emel yahoogoups yang anda ingin filter)
2. Pada ruangan To/Cc header, masukkan alamat yahoogroups yang anda ingin filter. Pastikan nama dan ejaan betul (N.B @yahoogroups.com ->pastikan jangan tertinggal huruf 's')
3. Dalam ruangan subject, letakkan [nama group tersebut]. (N.B:.beserta kurungan dan tanpa meletakkan @yahoogroups)
4. Pada pilihan move the message to, pilih [New folder]

Image Hosted by DakwatPutih
1. Kemudian klik pada Add filter

Image Hosted by DakwatPutih
1. Satu window kecil akan tertera. Masukkan nama folder yang anda inginkan.
2. Klik ok

Image Hosted by DakwatPutih
Setelah selesai, anda akan dapat maklumat seperti berikut. (bergantung kepada nama yang anda masukkan)

*Ralat: Emel yang dibuat contoh di atas iaitu percubaa@yahoogroups tertinngal huruf 'n'. Kerana jenuh nak buat balik, maka dibiarkan sebegitu:)
**Untuk paparan lebih besar, right klik pada gambar dan open in new tab

Baca Selanjutnya......
9:32 PM

Celoteh : Mati bawa apa?

Posted by nash_gh



Gembira kalau mati membawa pahala amal yang banyak...
Lagi gembira kalau mati membawa pahala amal yang berterusan tanpa henti...



Takut jika mati membawa dosa yang tak sempat kita bertaubat...
Lagi takut jika dosa yang kita bawa berterusan tanpa henti... (Moga dijauhkan)

Bagaimana ianya terjadi? Mudah saja. Kita yang menjadi pemula satu-satu maksiat, bila ianya diikuti orang lain, dan seterusnya, tak ke bertambah dosa yang kita lakukan. Contoh mudah, kita menyebar fitnah tentang sesorang. Cerita ini berterusan berkurun-kurun hinggakan keturunannya juga dibenci. Padahal kisah itu tidak benar. Tidak ke naya kita nanti?

Fikirkan dan renungkan

Jom istighfar banyak-banyak!

Baca Selanjutnya......
6:47 PM

PhotoPort | Walimah Irfan

Posted by nash_gh

Alhamdulillah. Tertunai sudah tanggujawab selaku umat Muhammad s.a.w. Moga pembinaan Bait Muslim ini menjadi daya penolak melajukan lagi kerja-kerja dakwah di luar sana dan menjadi penyambung rantai-rantai dakwah islam.

Beberapa keping gambar sepanjang hari bersejarah bagi sahabat kita yang satu ini :)

Image Hosted by ImageShack.us Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by DakwatPutih Image Hosted by DakwatPutih

Image Hosted by DakwatPutih Image Hosted by DakwatPutih

Image Hosted by DakwatPutih Image Hosted by DakwatPutih

Image Hosted by DakwatPutih Image Hosted by DakwatPutih

Image Hosted by DakwatPutih

Baca Selanjutnya......
7:24 AM

Cukuplah Mati Sebagai Peringatan

Posted by nash_gh

Sungguh, pemergian itu memang perit. Namun, apakan daya kudrat seorang hamba yang hanya menumpang di bumi sementara ini. Segalanya cukup pantas. Walau terkadang tak mampu diterima dek akal, namun, iman ini yang memagari diri agar tetap dengan kepercayaan Qadha' dan Qadar Allah. Larilah kamu ke penjuru manapun, jika ketetapan Allah itu sudah termaktub, tiada siapa yang mampu menghalangnya.

Ayuh koreksi diri kita wahai sahabat. Bilamana berita itu sampai ke cuping telinga kita, adakah Allah menjadi peneman kita sebelum itu, atau adakah kita masih lena dibuai dek keindahan palsu dunia ini? Tanya diri kita wahai ikhwanku. Kalaulah ketika itu kita yang pergi, maka, bersediakah kita? Mampukah kita menghadapinya?

Sungguh, aku dapat merasakan sahabatku ini tergolong bersama syuhada' dan solihin. Dia sudah menyempurnakan janjinya kepada Allah. Tinggal kita ini yang masih berdegup jantungnya, masih banyak untuk direnungi dan diperbaiki. Ketahuilah, bahawa masih belum terlambat untuk bertaubat. Selagimana ruh masih bersama jasad, teguhlah kamu di atas jalan ini.

17. Sesungguhnya penerimaan taubat itu disanggup oleh Allah hanya bagi orang-orang Yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan kemudian mereka segera bertaubat, maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima Allah taubatnya; dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
[An-Nisa':4]

18. Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang Yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: "Sesungguhnya Aku bertaubat sekarang ini," (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang Yang mati sedang mereka tetap kafir. orang-orang Yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
[An-Nisa':5]

Para sahabat R.A juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tapi, bezanya mereka adalah mereka bersegera dalam taubat mereka. Sehinggakan sanggup menghambat dirinya di sebatang pokok, dan tidak mahu dilepaskan melainkan jika Baginda yang melepaskannya. Dan sahabat yang lain sanggup dipulau demi mendapat keampunan dari Allah, sedangkan beliau mampu mencipta seribu satu alasan untuk terlepas dari hukuman. Inilah generasi awal yang mendapat didikan Allah dan RasulNya, yang mampu mengekalkan empayar Islam begitu lamanya, dan mendapat keredhaan Allah sepertimana yang termaktub di dalam Al-Kitab.

104. Tidakkah mereka mengetahui Bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan Bahawa Sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?
[At-Taubah:104]

8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
[At-Tahrim:8]

Tanya diri kita, sejauh mana telah kusumbangkan untuk Islam, untuk menjadi aset bagi diriku bertemu yang Maha Esa? Sejauh mana telah kuhabisakan masa dan tenaga berjual beli dengan Allah, demi mendapat syurganya yang kalau diikutkan tidak sama dengan pengorbanandan amalam kita. Ayuh sahabat, perjalan ini perlu diteruskan. Kitalah yang merancang pengakhiran hidup kita. Kalau mereka mampu mencipta sejarah, masakan kita tidak?


Baca Selanjutnya......