"Syeikh, anta bila lagi nak ber'blog'?," sapa ahli beitku dari belakang. Mungkin kerana melihat aku asyik melihat blog rakan-rakan yang lain membuatkan dia bertanya sebegitu. Otakku mengambil beberapa saat untuk memproses maklumat tersebut kerana tidak pernah terlintas dalam hatiku untuk ber'blogging'.
"Tak sampai seru lagi," balasku bersahaja. Sahabatku itu tersenyum sinis sambil membalas "Anta kalau tak ade niat, mane nak sampai serunya," dia cuba mempertikaikan jawapanku. "Buat ape nak blog-blog, bukan ade kesan pon. Lagipun ana ni mana la pandai mengarang" aku cuba membuat kesimpulan sendiri. "Anta jangan main-main syeikh. Kerana tulisanlah As-Syahid Syed Qutb dihukum. Kerana tulisanlah fikrah-fikrah boleh tersebar luas. Kerana tulisanlsh...err...dah habis idea," sahabatku cuba menerangkan peranan tulisan dalam mengubah masyarakat. Aku mengiakan dalam hati. Memang tak dapat dinafikan penulisan mampu memberi impak yang besar kepada dunia. Tetapi aku meletakkan satu syarat, di mana penulisan tersebut mestilah disertai dengan tujuan yang betul, maka, barulah satu dunia mampu terkesan.
"Tengoklah kalau dah sampai seru," balasku sambil tersengih. Sahabatku menggeleng kepala tanda tidak faham dengan perangai aku. Dia beredar ke dapur. Mungkin ingin mendapatkan barang secawan kopi. Jam di dinding berdentum menunjukkan sudah pukul 12 tengah malam. Paper esok bermula pukul 10 pagi. Subjek parasitology berbaki lagi satu bab. Tapi mata sudah sampai ke tahap maksimum kerjanya. Bantuan caffein tidak mampu untuk memanjangkan sedarku. Buku ditutup. Esok masih ade bebrapa jam untuk membuat final revision sebelum melangkah ke dewan angker itu.
"Lepas periksa la baru fikir," kataku sendirian. Lampu dipadamkan. Zzzzzzz.....

tahniah la anas, dah memblogging
ReplyDeletemudah-mudahan blog ni jadi pembuka pintu kebaikan untuk ramai orang
doakan ana cepat update blog yang dah lama 'terhenti'
amin ya robb...
ReplyDeletename anta pon amin...hehe
mabda' itu penting...
kerna menentukan pengakhiran..
Koreksi niat...