Terkejut?. Ya. Memang ramai yang terkejut dengan berita tersebut. Namun, bagi saya, ia adalah suatu yang tidak mustahil. Dengan memperolehi kemenangan pada PRU 12, tidak mustahil ianya boleh jatuh sebegitu.
Sebelum pergi jauh, saya ingin mengajak pembaca sekalian untuk menjengah sebentar pada isu di Gaza. Kagum. Cemburu. Itu yang saya mampu pancarkan perasaan saya terhadap para pejuang Palestin di Gaza dan penduduk-penduduknya. Walau macam manapun embargo, penindasan, penahanan mahupun tekanan yang dikenakan oleh rejim zionis ke atas penduduk Palestin khususnya di Gaza, mereka tetap teguh dan thabat mendokong perjuangan HAMAS. Pemimpin HAMAS pula sama sekali tidak mengambil kesempatan ke atas rakyat mereka. Walaupun mereka terlebih dulu terancam dengan serangan Zionis, mereka tetap melakukan kerja-kerja mereka.

Pelik?. Tapi itulah realiti di Palestin. Perubahan yang dibawa oleh HAMAS berakar umbi sehingga ke penduduk biasa. Mereka teguh mempertahankan pemerintahan HAMAS. Apatah lagi pemimpin HAMAS itu sendiri. Tentulah mereka yang lebih awal mempertaruhkan nyawa memperjuangkan HAMAS. Inilah kesan didikan ataupun tarbiyah yang di bawa oleh HAMAS. Perubahan bermula dari individu muslim itu sendiri.
" Wahai orang yang beriman! Apabila kamu bertemu pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah banyak-banyak (berzikir dan berdoa) agar kamu beruntung. (Al-anfal:45)
Itulah yang mereka fahami dan imani.
Berbeza pula senario politik di Perak. Bukan rakyat yang menolak, tetapi pemimpin sendiri yang berubah pendirian. Suka main lompat-lompat. Mengapa ini berlaku?. Ya. Kerana perubahan yang dibawa tidak mengakar umbi. Pemimpin yang berubah arah. Bagaimana boleh ada pemimpin sebegini dalam pemerintahan?. Pelik. Memang pelik. Dan mampukah rakyat di Malaysia di mana-mana negeri mampu bertahan bersama pemimpin mereka sekiranya mereka dikanakan sekatan seperti yang berlaku di Gaza? Tepuk dada tanya iman anda.
Bukanlah ingin menuding mana-mana pihak. Tetapi apa yang ingin saya tekankan adalah, kita perlu mengambil pengajaran daripada peristiwa di Gaza itu sendiri. Cuba selami, bagaimana penduduk Gaza mampu bertahan, sedangkan anak-anak mereka dibunuh. Bapa-bapa mereka diseksa. Ibu-ibu mereka dicabul. Tapi, mereka tidak berganjak walau seinci. Sungguh, Allah maha agung.
Akhirnya, saya menyeru kepada anda semua, kembalilah ke jalan yang sebenar. Jalan yang dilalui oleh rasul junjungan kita, Muhammad SAW. Ikutilah setiap jejak-jejak beliau agar kita tidak lari dari landasan sebenar.
Wallahua'lam.

wow.teruja baca.
ReplyDeletemoja
ReplyDeletekamu benar..kita tidak pernah cuba utk merasa,menjeguk,ambil tahu dunia sana. Pendududuk Gaza berjuang untuk agama. Kita di sini berjuang untuk kepuasan diri. Apa yg berlaku di Perak adalah isu kaum semata2. Masyarakat kita dibutakan dengan isu "kamu berbangsa apa?". Semoga kita kembali kepada kepimpinan islam.
ReplyDeleteyep..ini yang terjadi bila tarbiyah jadi bahan mainan. sedangkan ianya amat penting.
ReplyDeletejohor..tengok!! x lompat pon..kekal selamanya!!!
ReplyDeletesokong johor!
haha..perli ana thaaqib:D
ReplyDeleteyang melompat-lompat tu PKR ngan DAP kan? diorang ade tarbiyah gak ke?
ReplyDeletehurm..ntah lar..:) jom kaji..
ReplyDeletetp point yg plg utama adalah yang last2 tuh...
bile tercapai..kheir semuanye insyaallah...