07 June 2011

Tips penulisan


Kenapa anda menulis? Suka-suka? Isi waktu lapang? Mungkin. Tapi satu perkara yang menyebabkan anda menulis adalah supaya orang lain membacanya. Tak tahulah jika di sana ada mereka yang menulis untuk diri sendiri sahaja. Kalau diary itu, mungkin.

Boleh jadi orang lain tidak suka membaca tulisan anda bukan kerana isinya membosankan, kadangkala boleh jadi disebabkan 'teknikal' sahaja. Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil berat jika anda ingin menulis artikel.


1. Pastikan selepas tanda titik [.] dan koma [,] sila tekan space. Perkara ini selalu diambil mudah. Sedangkan ianya adalah tatabahsa yang perlu dipatuhi. Contoh:-

Ahmad suka main badminton.Dia bermain badminton bersama rakan-rakannya.[Salah]

Ahmad suka main badminton. Dia bermain badminton bersama rakan-rakannya.[Betul]

2. Untuk membuat perenggan, anda kena pilih bila perlu diletakkan perenggan tersebut. Satu perenggan tidak terlalu banyak dan tidak terlalu sedikit. 

3. Mengenai penggunaan titik (...), yang dibenarkan hanyalah 3 titik sahaja dan tidak lebih. Contoh:-

Begitulah kisahnya.......[Salah]
Begitulah kisahnya...[Betul]

4. Kadang-kadang kita menggunakan istilah English ataupun Arabic di dalam penulisan. Jadi, perkataan tersebut perlu anda italic-kan. Contoh:-

Pemuda perlulah mempunyai hamasah yang tinggi.[Salah]
Pemuda perlulah mempunyai hamasah yang tinggi.[Betul]

Sebaiknya perkataan arab atau english disertakan sekali maksudnya agar mudah difahami orang ramai.

Itu serba sedikit tentang penulisan. Saya juga masih mentah dalam perkara ini. Jika anda minat menulis, mahu tak mahu perkara tersebut perlu diambil berat. Hal ini supaya tulisan anda kemas dan seronok di baca. Jika ada tambahan, nanti saya masukkan lagi. Jika anda ada teguran tehadap penulisan saya, sila komen di bawah.

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment