20 June 2011

Ramadhan Mengintai di Balik Rejab dan Syaaban


Kisah 1


Seorang murid bertanya kepada penceramah, "Ustaz, kenapa ya walaupun syaitan diikat ketika Ramadhan, tetapi masih lagi ada orang yang melakukan maksiat?"

"Cuba kita perhatikan kipas tu. Agak-agak kalau kita tutup suis kipas, adakah ia akan berhenti terus?" ustaz tersebut cuba bertanya.

"Taaakk..." balas murid yang hadir ketika itu serentak.

Ustaz kemudian menyambung, "Begitulah nafsu kita. Jika selama 11 bulan tidak dijinakkan, maka apabila tiba masa untuk kita jinakkan ia, maka ia takkan semudah ABC. Kita akan mengambil masa yang lama. Jadi, nafsu itu perlu dikawal setiap detik. Bukan hanya apabila tiba bulan Ramadhan."

Kisah 2


Seorang penceramah di sebuah kampung menceritakan pengalaman beliau menjalani ibadah puasa di bumi Mesir. 

"Seronok Ramadhan di Mesir ni. Nak ceritalah, dekat Mesir ni ada sebuah masjid. Taklah secantik Masjid Putrajaya tu. Tapi bila Ramadhan, maka akan penuhlah ia. Lagi seronok bila tiba malam ke-27. Jibril turun ke masjid tu!"

Hadirin ketika itu dilihat berbisik sesama mereka seolah-olah tidak percaya.

Kemudian penceramah itu menyambung, "Tapi orang panggil dia Syeikh Jibril. Bukan Malaikat Jibril tu."

Hadirin menarik nafas lega...

Masjid 'Amru yang diceritakan.

Kisah 3

Ketika masih di Manyal. Kenal dengan seorang pakcik. Bekerja di kedai daging. Tiba Ramadhan, maka rezeki kami datang mencurah. Ada sahaja barang makanan(mentah) untuk diberikan kepada kami. Kelebihan rakyat Mesir. Ramadhan makin meningkat amalan sedekah mereka.

Kisah 4

Sebelum naik teksi. Bertanya tambang kepada driver. 

"Bikam ya basya?"(Berapa tambang pakcik?).

"LE25" jawab pakcik tersebut.

"Kholliik i3syriin. A3syan Ramadhan"(LE 20 cukuplah. Sebab Ramadhan) balasku. 

"Mesyi. Ok" balasnya.


Kisah 5

Selepas subuh. Kebanyakan jemaah akan tunggu sehingga terbit fajar bagi menunaikan solat dua rakaat. Mengambil fadhilat seperti mengerjakan haji. Pengalaman yang susah untuk didapati.

Kisah 6

Antara kelebihan lain Ramadhan di Mesir adalah ketika solat terawihnya. Kebanyakan masjid yang besar akan menghabiskan satu juz semalam. Jika ada qiamullail akan tambah lagi satu juz. Bila memasuki 10 akhir Ramadhan, akan menjadi dua juz pula. 

Antara masjid yang disarankan untuk pergi:-
1. Masjid Rawas di Sayyeda Zainab
2. Masjid Salam di Hayyu 'Asyir
3. Masjid Basya di Manyal
4. Masjid 'Amru

Bacaan imam sungguh mengasyikkan. Kalau di Masjid 'Amru, imam pula akan bertukar-tukar.
_______________________________________________________

Betullah. Suasana atau bia'h memberi impak kepada kehidupan seseorang. Ramadhan di Mesir penuh dengan 1001 kisah yang tidak dapat dilupakan. Kerana ia mengajak diri ini untuk mendapatkan rahsia yang terkandung dalam bulan tersebut. Terasa rugi, terlepas dua kali Ramadhan di Mesir. Tiga kali merasainya di sini pun seperti tidak puas. Ramadhan semasa baru sampai ketika tahun 1, tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana ketika itu masih lagi 'terawang-awang'.

Persediaan perlu dilakukan lebih awal. Masih belum terlambat. Kita berbaki hampir 5-6 minggu sebelum bertemu dengan tetamu agung. Diri ini mengharapkan agar dapat bertemu dengannya lagi pada tahun ini. Dibumi Anbiya' ini. Moga di sana tiada aral yang menanti.

Allahumma ballighna Ramadhan. Semoga rehlah itu nanti memberi 1001 lagi makna yang baru.


*Anda ada kisah yang menarik? Jom kongsi.

No comments:

Post a Comment