31 December 2011

Mencari Kedamaian


Seorang mukmin sama sekali tidak akan jatuh ke lubang yang sama dua kali
Itu pesanan ar-Rasul yang kita cintai
Walaupun pesanan yang ringkas
Tetapi ia merangkumi seluruh kehidupan seorang mukmin

~Mengimbau nostalgia nasyid lama
~Merindukan ketenangan dan kedamaian
--{-@

10 September 2011

[Sajak] Antara Dua Persimpangan


Di persimpangan itu aku berdiri
Termenung memikirkan pilihan hati
Yang kanankah? Atau yag kiri?
Mana satu perlu ditelusuri

Sungguh aku tidak ketahui
Apa yang menanti dipenghujung kedua jalan ini
Boleh jadi ia baik untuk diri
Mungkin juga sebaliknya yang terjadi

Mereka kata ambil yang belah sini
Namun yang lagi satu berada dihati
Buntu membuat pilihan sendiri
Tak tahu mana satu yang perlu diikuti

PadaMu jualah aku mengadu nasib diri
Mengharapkan cahaya terus mengiringi
Siri-siri hidup yang berliku penuh duri
Agar yang terbaik menjadi pengikat hati

----------------------------
10 September 2011
Hidup ini tidak lari dari membuat pilihan

31 August 2011

[PhotoBlog] Jalan Masih Panjang

Salam Perantauan


Lebaran itu menjelang lagi
Membawa keriangan tidak terperi
Beruntunglah mereka yang keluar dari madarasah ini
Membawa bekalan taqwa di dalam diri

Sanak-saudara dikunjung diziarahi
Sahabat handai kita dekati
Sillaturrahim kita mekarkan kembali
Agar bertaut setiap hati

Jangan dilupakan sujud di malam hari
Tanda kita terus mensyukuri
Atas nikmat kehidupan ini
Salam Aidilfitri daripada kami


29 August 2011

[Sajak] Penantian...



Malam-malam terakhir aku bersamamu
Menangis syahdu melepas rindu
Bertemankan jua alunan merdu
Kalam-kalam Jalil menusuk kalbu

Hari esok belum pasti
Adakah aku mampu menghirup lagi
Kehangatanmu yang membelai diri
Mengenal tuhan Robbul Izzati

Aku titipkan salam rindu
Walau berat untuk meninggalkanmu
Moga kita bakal bertemu
Dilain masa dilain waktu

Berbahagialah wahai diri
Yang berpisah denganmu penuh seribu erti
Mengikis jahiliah yang terpahat rapi
Menggapai cinta Sang Pemilik Hati
------------------------------
29 Ramadan 1432H
Adakah Ramadan bagiku selepas ini?

27 August 2011

[Sajak] Merinduimu...


Kedatanganmu dinanti
Pemergianmu ditangisi
Oleh hati-hati yang disinari
Dengan iman tak berbelah bagi

Datangnya membawa 1001 harapan
Kepada insan yang rindukan sentuhan
Juga belaian daripada Ar-Rahman
Untuk kekal dan terus bertahan

Hari mendatang bukan senang
Menjanjikan bermacam rintangan melintang
Moga tarbiyah Ramadan mampu menjulang
Daripada hamba kepada pejuang

Zikrayat Ramadan
27 Ramadan 1432H

25 August 2011

[PhotoBlog] Doa

Sebab kembali kepada maksiat

Antara sebab seseorang kembali kepada maksiat yang lama adalah kerana tiada Muraqabah kepada Allah. Dia kekal duduk di dalam suasana yang menggalakkan dia mengulang semula kesalahannya.

Satu kisah yang masyhur, di mana seorang yang membunuh 100 orang, yang akhirnya dinasihati untuk pergi ke satu kawasan yang padanya terdapat suasana yang menggalakkannya bertaubat.

Satu contoh dalam masalah couple. Seseorang ingin meniggalkannya, tapi dia masih menyimpan nombor telefon atau apa sahaja cara untuk berhubung dengan wanita/lelaki tersebut. Jadi akhirnya dia susah untuk tinggalkannya.

فارق دواعم المعصية

Cara yang terbaik untuk kekal dalam taubat nasuha.

Tazkirah, Masjid Rawas
24 Ramadan 1432H
2136
Published with Blogger-droid v1.7.4

24 August 2011

Rintihan HambaNya


Hati ini menangis lagi
Mengenang nasib menimpa diri
Yang saban hari ternanti-nanti
Rahmat dariNya yang tak terperi

Ya Allah
Berat terasa ujian dariMu
Tapi aku pasrah sepenuh hatiku
Andai ini kafarah dosa yang lalu

Ya Allah
Aku mencari tempat mengadu
Yang mampu mengubat luka di kalbu
Namun semuanya tidak kutemu

Ya Allah
PadaMu jualah hati ini mengemis
Mengungkap cinta yang semakin terhakis
Dek kerana mainan nafsu yang bengis

Mengapa harus ditagih perhatian manusia
Sedangkan padaMu seluruh alam buana
PadaMu jualah tempat yang ku ada
Menjalin cinta hamba kepada RabbNya

[24 Ramadan 1432H]
[Mengejar baki Ramadan yang tersisa]

13 August 2011

Aku tak cukup amal nak nasihat?

Saya rasa semua daripada kita pernah duduk di atas kerusi. Ya. Kerusi.
Saya ingin bawa satu analogi berkaitan kerusi dan dakwah. Mungkin analogi ini pelik dan boleh jadi tiada kaitan pun. Mungkin juga nanti akan ada yang tidak dapat memahami pun analogi ini. Tapi tidak mengapa. Saya tetap mahu menggunakan kerusi sebagai analogi tersebut.

Anda mesti tahu kerusi yang jenis mahal sedikit, yang mana boleh dilaraskan ketinggiannya, berpusing-pusing dan mungkin juga full leather.

03 July 2011

[PhotoBlog] Maha Kuasa Allah


*Kredit kepada Sahabat sebab carikan ayat :)

30 June 2011

[PhotoBlog] Belajar Dari Burung


Banyak sebenarnya cerita yang dinukilkan dalam Al-Quran berkaitan burung. Juga di sana terdapat banyak pengajaran dari sudut imani dan tarbawi. Insyaallah kalau ada masa akan cuba dikupas.

20 June 2011

Ramadhan Mengintai di Balik Rejab dan Syaaban


Kisah 1


Seorang murid bertanya kepada penceramah, "Ustaz, kenapa ya walaupun syaitan diikat ketika Ramadhan, tetapi masih lagi ada orang yang melakukan maksiat?"

"Cuba kita perhatikan kipas tu. Agak-agak kalau kita tutup suis kipas, adakah ia akan berhenti terus?" ustaz tersebut cuba bertanya.

"Taaakk..." balas murid yang hadir ketika itu serentak.

Ustaz kemudian menyambung, "Begitulah nafsu kita. Jika selama 11 bulan tidak dijinakkan, maka apabila tiba masa untuk kita jinakkan ia, maka ia takkan semudah ABC. Kita akan mengambil masa yang lama. Jadi, nafsu itu perlu dikawal setiap detik. Bukan hanya apabila tiba bulan Ramadhan."

Kisah 2

10 June 2011

Freebies: Ringtone

Bismillah

Sedikit hagah di musim peperiksaan
Lama bercadang nak berkongsi. Menanti masa.
Beberapa ringtone yang pernah digunakan. Ini adalah cut version. Sesuai untuk nada dering.
Klik link berikut untuk download.




Ini sahaja yang ada setakat ini. Kalau ada yang nak request untuk 'potong' lagu, sila letak di bahagian komen. :)
Selamat Menempuh Peperiksaan.

07 June 2011

Tips penulisan


Kenapa anda menulis? Suka-suka? Isi waktu lapang? Mungkin. Tapi satu perkara yang menyebabkan anda menulis adalah supaya orang lain membacanya. Tak tahulah jika di sana ada mereka yang menulis untuk diri sendiri sahaja. Kalau diary itu, mungkin.

Boleh jadi orang lain tidak suka membaca tulisan anda bukan kerana isinya membosankan, kadangkala boleh jadi disebabkan 'teknikal' sahaja. Saya ingin kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil berat jika anda ingin menulis artikel.


26 May 2011

Asyik Nak Bergaduh Sahaja [Bahagian 2]

    Alhamdulillah. Dalam isu yang lepas, telah saya sentuh sikap yang perlu ada dalam seseorang individu, bilamana dia meletakkan dirinya di dalam kerja amal kolektif, atau amal jamai’e. Ia hanyalah salah satu cadangan solusi sesetengah masalah. Boleh jadi ianya praktikal, boleh jadi ianya tidak. Sebab apa?

15 May 2011

Asyik Nak Bergaduh Sahaja [Bahagian 1]


Bila disebut abang dan adik, apa yang hadir di benak fikiran kita? Pergeseran? Ya. Pergeseran. Ia umpama satu perkara yang lumrah, antara abang dan adiknya, terutama sesama lelaki pasti ada pergaduhan yang berlaku dan kebanyakkannya berkelahi ketika masih di alam remaja. Tidak dinafikan di kalangan adik-beradik perempuan boleh juga terjadi perkara ini, tetapi perkelahian mereka ada ciri tersendiri. Masam muka memanjang. Tidak boleh bertemu muka dan ciri-ciri lain yang anda perlu kaji sendiri.

Tetapi pernahkah kita fikir, mengapa perkara ini terjadi? Kenapa ia satu perkara yang sudah jadi seperti adat dalam setiap alam berkeluarga itu?

Mari kita singkap sejenak, kisah Umar bin Abdul Aziz. Pemerintahannya hanya mencecah dua tahun sahaja, namun perubahan yang dibawa umpama beliau memerintah berpuluh tahun. Di manakah terletaknya kunci kehebatan tersebut? Khalifah Umar Abdul Aziz telah meletakkan satu solusi yang pada hemat saya, ia adalah satu perkara yang amat kritikal ketika ini. Satu solusi yang mampu menjamin kesejahteraan sesebuah masyarakat yang kerap kali bertelagah sesama mereka.

05 May 2011

Sudah Beli Tiket?


Perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah. Satu perlawanan yang berprestij dan bertaraf antarabangsa. Katakan anda berminat untuk menonton secara lansung atau secara Live perlawanan tersebut. Nak tak nak, perkara pertama yang anda akan fikir ialah, tiket perlawanan. Berapa harga? Bila akan dijual? Berapa banyak tempat yang disediakan? Anda tahu semua manusia akan berebut untuk mendapatkannya. Jika anda berlengah dan tidak bersungguh, cita-cita anda itu akan menjadi anganan kosong semata.

Satu analogi mudah. Tanpa tiket, anda duduklah di depan pintu masuk stadium di mana perlawanan itu berlansung, mengintai-intai dari luar. Itupun jika nampak. Hatta jika ada tiket pun, boleh jadi tiba-tiba pengawal keselamatan tidak membenarkan anda masuk atas sebab-sebab tertentu.

Saya ingin bawa anda ke satu realiti yang lebih besar daripada itu. Semua ingin memasuki syurga. Kenikmatannya tidak boleh disamakan dengan keseronokan menonton perlawanan akhir bola sepak berprestij tadi, kerna syurga menawarkan nikmat berjuta kali ganda lebih. Tiket. Apa dia tiket untuk menjejakkan kaki ke dalam destinasi tersebut?